LIKU-LIKU KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN PANCAROBA DUNIA
Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran..
Kita tidak akan terlepas dari diuji..
Kadang kala hidup kita akan ada rasa gembira..
Dan
Kadang-kala hidup kita akan ada rasa sedih
Serta
Kadang-kala hidup kita akan ada rasa kecewa
Begitu juga dengan diri aku..
Banyak dugaan yang aku tempuh sepanjang melalui liku-liku kehidupan di bumi Allah ini..
Dan
Dugaan-dugaan itulah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar
Juga
Mendewasakan diri aku…
Pernah suatu waktu dulu aku kecewa..
Semangat aku hilang entah ke mana..
Tapi
Sebagai umat islam aku perlu ingat bahawa Allah sentiasa ada bersama hambaNya.
Aku banyak dekatkan diri dengan Allah..
Ya
Aku mampu bangun semula untuk mencari semangat serta meneruskan kehidupan aku seperti biasa.
Aku juga punya keluarga yang banyak memberikan semangat pada aku untuk berjaya seterusnya jadi manusia yang berguna bukan sahaja kepada agama,malah kepada nusa dan bangsa.
Tidak lupa juga teman-teman seperjuangan serta orang-orang terdekat aku yang banyak memberi inspirasi kepada aku sehingga aku mampu Berjaya sehingga kini.
Alhamdulillah
Berkat doa dari semua aku mampu bangun semula dan menjalani hidup aku seperti sekarang.
Aku
Manusia yang tak sempurna.
Sering melakukan kesilapan.
Bak kata pepatah inggeris
“Nobody perfect”
Aku juga manusia yang inginkan perhatian dari orang yang tersayang..
Aku tak kan luahkan apa yang aku nak ,apa keinginan aku.
Cuma.
Aku hanya harapkan yang orang itu akan faham apa yang aku inginkan..
Tapi
Kadangkala sukar untuk dirinya memahami aku.
Sebab
Aku ni macam-macam karenah..
Mungkin agaknya orang itu dah tak tahan ngan karenah aku yang ntah apa-apa.
Sentiasa ikut emosi sendiri..
Aku cuba sedaya upaya aku untuk jadi yang terbaik.
Untuk tidak terlalu mangikut emosi..
Tapi
Aku gagal..
Aku tak jadi yang terbaik untuk di banggakan..
Aku manusia yang lemah..
Tak punya sesuatu yang istimewa untuk dibanggakan..
Tapi
Ini tak beerti aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada
Dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku..
Alhamdulillah
Aku sentiasa bersyukur dengan kurniaan ini.
Cuma
Aku yang tak mampu untuk menggunakan kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya..
Semakin hari aku semakin tak faham dengan diri aku sendiri
So
Macam mana orang len nak faham dengan diri aku sedangkan aku sendiri tak faham dengan diri aku..
Hmmm
Susahkan..
Cuma satu je yang aku harapkan..
Orang yang aku sayang terima diri aku seadanya.
Andai aku tak mampu jadi yang terbaik..
Bimbinglah aku untuk jadi yang terbaik..
Aku memohon maaf atas semua yang telah aku lakukan..
Aku tak mampu untuk ungkapkannya dengan kata-kata..
Bukan kerana aku seorang yang ego..
Tapi
Inilah diri aku..
Aku hanya mampu berbicara dalam hati untuk kebaikan semua pihak..
Biarlah aku saja yang menelannya daripada orang lain yang merasakan sakitnya.
Selagi aku terdaya untuk menelannya aku akan lakukan.
Demi
Menjaga hati orang yang aku sayang..
Ada ketika
Aku bukan menjadi diri aku yang sebenar..
Sebabnya..
Aku nak orang di sekeliling aku rasa gembira dan bahagia bila bersama aku..
Aku akan rasa gembira bila orang lain gembira.
Tapi
Bila orang lain sedih.
Aku akan susah hati..
Aku tak kan meminta untuk orang lain gembirakan aku sedangkan naluri aku nak orang lain buat aku gembira
Hipokritkan aku..
Sometime kita perlu jadi macam tu untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan..
Selagi kita mampu untuk menceriakan keadaan kita perlu lakukan..
Yes
I had done it..
Diam aku bukan beerti aku merajuk or saja mendiamkan diri untuk menyakitkan hati orang lain.
Bukan macam tu..
Diam aku adalah untuk memberikan waktu supaya aku mampu memujuk hati aku agar tidak terlalu beremosi.
Serta
Aku juga memberikan waktu untuk sama-sama menilai dan menghargai antara satu sama lain.
Pernah suatu hari seseorang berkata kepada aku
“Boleh dak lau msj 2 buat dia gembira, ni tak..ingatkan boleh la hepi sikit,tapi camni plak”
Hmm
Aku agak terkilan d situ..
Aku mula terfikir
“Adakah selama ni aku tak menggembirakan dia”
Yes
Aku cuba buat dia gembira jugak walaupun hati aku masa tu
Hanya Allah saja yang tahu..
Tapi
Demi membuatkan dia rsa hepi aku try the best..
Aku tak tau la samada aku dah Berjaya buat dia rsa gembira or tak..
Sebab
Aku takkan Tanya..
Aku dah cuba sedaya upaya aku..
Andai dia tetap tak rsa gembira..
Maafkan aku sangat-sangat..
Mungkin aku tak mampu jadi apa yang dia nak..
Tak semua perkara yang kita nak dalam dunia ni kita dapat..
Kadang kala kita akan gagal..
Tak semestinya kita sentiasa berjaya walaupun kita dah cuba sedaya upaya kita.
Kita kena la terima Qada’ dan Qadar yang dah ditentukan..
Cuma
Kita jangan berhenti berdoa kepada Allah..
Doakan senjata ornag mukmin..
Setiap apa yang jadi ada hikmah di sebaliknya yang kita tak nampak..
Allah dah aturkan semuanya cukup sempurna.
Cuma kita hambaNya yang tak pernah fikir semua tu.
Asyik nak salahkan takdir je..
~Sekadar luahan hati yang tak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.:-( ~
~21/5/2010 ~jam 1.30 pagi~










0 comments:
Catat Ulasan