Khamis, 31 Mac 2011

~KH4S14T T4UG3H~

Posted by MiSz BeRrY

Mesti anda semua kenal dengan ini sayur kan..
Lau tak kenal meh aku kenalkan..
Sayur ni namanya sayur taugeh..
banyak khasiatnya..
Jom kita lyannnnnn...
zasssssssssssss..




Tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur, sebenarnya mempunyai banyak khasiat. 

Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian
 mengandungi bahan yang:
Dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. 

Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.  

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari.

Tapi aku tak suka pun makan taugeh..
eiii asa dia tak sedap....
lau makan kat kedai mesti aku order makanan tanpa taugeh...
hahahahahahahaha

5 comments:

Earell Arel on 31 Mac 2011 pada 6:15 PG berkata...

I LIKE TOGEEEEE!!!ptut subur jer.huhu..

cik kelip on 31 Mac 2011 pada 9:28 PG berkata...

cik bery2..sy pon xsuke jugak..eiiii..asa die xbpe best la..huhu..

syida on 1 April 2011 pada 11:19 PG berkata...

ish3....xrasa pepun...togeh nih la yg sdap nih

MiSz BeRrY on 2 April 2011 pada 9:15 PG berkata...

en EA:ko ske la sgt kn..

cik kelip:memey xsdap kn...tmbh2 yg xmsk..lg la xsdp...unlike..

cik nasryn:ada rasa la..baik punya rsanya..

Earell Arel on 2 April 2011 pada 9:49 PG berkata...

ruginyer korrang ditakdirkan tak suke mkn toge. sedap giler kot. nyum3...hehe..

Catat Ulasan

~Kisah Cinta Uda & Dara~

Daisypath Anniversary tickers

~Alhamdulillah.. HusbandnWife~

Daisypath Anniversary tickers

~IkatanPertunanganKami~

Daisypath Anniversary tickers

~AlFatihahBuatHeroKami(AyahandaTercinta)~

Lilypie Angel and Memorial tickers

by misz berry. Dikuasakan oleh Blogger.
 

sEiYa SeKaTa mR & mRs F Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting