Aku tak tau nak mula macam mana...
Yang pasti post kali ni tentang perasaan yang ada dalam hati aku...
Sakit..Benci..Geram..Kecewa..Sayang..Rindu..Cinta..
Semuanya bergabung menjadi satu..
Hingga terasa diriku kosong...
Seperti tak dihargai ketika ada...
Mungkin aku bukan pilihan yang terbaik..
Mungkin juga sebab aku ni terlampau baik..(baik sangat ka)
Entah la..
Aku tak faham mengapa aku harus lalui semua ni..
Aku rasakan seperti hidup tanpa teman lebih baik dari ada teman..
tak da la rasa sakit hati dan macam-macam lagi la..
Aku tau dia sibuk..
Tapi aku tak tau sibuk tentang apa..
Hinggakan tak peduli apa yang aku rasa..
Seperti tak mengerti bahawa perbuatan dia tu membuatkan aku terasa terabai..
fuhhhhh
sakit weyh..
Aku faham la dia perlu kerja..
nak kumpul wang..
nak sara diri..
aku faham yang tu..
tapi..
yang aku tak fahamnya..
kenapa bila hari cuti or bila ada masa lapang tak boleh nak luangkan masa untuk aku..
yang dia tau..
siang waktu tidur..
malamnya pulak waktu menghabiskan masa dengan kawan-kawan..
Aku tau la kawan-kawan lebih penting dari kekasih..
tapi tak boleh ka dia fikir yang ada orang yang sentiasa menanti dia kat umah..
kalau aku sibuk sangat sampai tak dak masa untuk dia..
tau pulak nak merungut..
tapi dia..
aku tak pernah nak merungut..
aku ikut ja rentak dia..
sebab aku hormat dia..
aku hormat kehidupan peribadi dia..
kalau dia rasa kawan tu segala-galanya..
tak payah la nak ada kekasih..
abaikan je kekasih tu..
lepaskan je kekasih dia tu.
tak payah nak seksa perasaan kekasih dia tu..
Aku tekad..
mulai saat ni..
aku takkan ganggu kehidupan peribadi dia lagi dah..
kalau dia rasakan dia perlukan aku..
pandai-pandai dia la buat aku rasa diperlukan..
kalau dia rasa dia tak perlukan aku..
dia lebih perlukan kawan-kawan dia..
yang buat dia lebih gembira, bahagia..
ok..
aku faham..
aku dah malas nak cakap banyak lagi dah..
cakap banyak pon tak guna..
dia akan rasa seperti aku hanya nampak kesalahan dia..
apa yang dia buat semua tak kena..
sekarang ni..
aku biar je dia nak buat apa..
aku takkan ganggu kehidupan peribadi dia lagi dah..
kalau dia rasa aku tak ambik tau pasal dia..
biarlah..
dari aku hanya tau marah dia tau cari kesalahan dia..
aku rela dia fikir aku macam tu..
kalau ada hal yang penting je aku akan hubungi dia..
kalau tak ada..
aku rasa aku tak perlu kot hubungi dia..
sebab aku tau..aku hanya mengganggu kehidupan peribadi dia..
Andai satu hari nanti pon hati dia berubah untuk orang lain..
aku redha..
aku akan persiapkan diri aku untuk hadapi semua tu..
sebab aku tau..
aku bukan keseorangan..
aku ada Allah yang sentiasa ada untuk aku..
aku cuma harap andai satu hari benda yang aku takut nak hadapi tu berlaku juga..
aku nak dia tahu..
yang aku tetap sayang kat dia..
dan..
aku nak dia ingat bahawa suatu waktu dahulu mungkin aku pernah membahagiakan dia..
tu je yang aku harap..
sekian saja miss blog...
nanti aku cite lagi tau..
take care...










0 comments:
Catat Ulasan