Khamis, 14 Mac 2013

K3R4N4 4KU W4N1T4

Posted by MiSz BeRrY
kerana aku wanita

pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita air mata teman setiaku
kerana aku wanita sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku 
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu 
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku


kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa

namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita

peliharalah dirimu dari mencemuhku 

saat titisan jernih mengalir dari mataku

bukan bermaksud aku membencimu
tidak juga bermaksud diriku lemah

tetapi kerana itu adalah cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita
aku mempacayaimu kerana kau adalah khalifahku..
usah khianati aku dengan mengkhianati kepercayaanku..
kerana aku wanita
aku tidak berkarya untuk memerintah 
tidak juga sekadar bermadah..
tetapi aku berkarya agar kau memahami akan diriku sebagai wanita

0 comments:

Catat Ulasan

~Kisah Cinta Uda & Dara~

Daisypath Anniversary tickers

~Alhamdulillah.. HusbandnWife~

Daisypath Anniversary tickers

~IkatanPertunanganKami~

Daisypath Anniversary tickers

~AlFatihahBuatHeroKami(AyahandaTercinta)~

Lilypie Angel and Memorial tickers

by misz berry. Dikuasakan oleh Blogger.
 

sEiYa SeKaTa mR & mRs F Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting