Memaparkan catatan dengan label RAHSIA HATIKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAHSIA HATIKU. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Jun 2012

~H4T1KUH4T1MU~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
Aku tak tau nak mula macam mana...
Yang pasti post kali ni tentang perasaan yang ada dalam hati aku...
Sakit..Benci..Geram..Kecewa..Sayang..Rindu..Cinta..
Semuanya bergabung menjadi satu..
Hingga terasa diriku kosong...
Seperti tak dihargai ketika ada...
Mungkin aku bukan pilihan yang terbaik..
Mungkin juga sebab aku ni terlampau baik..(baik sangat ka)
Entah la..
Aku tak faham mengapa aku harus lalui semua ni..
Aku rasakan seperti hidup tanpa teman lebih baik dari ada teman..
tak da la rasa sakit hati dan macam-macam lagi la..

Aku tau dia sibuk..
Tapi aku tak tau sibuk tentang apa..
Hinggakan tak peduli apa yang aku rasa..
Seperti tak mengerti bahawa perbuatan dia tu membuatkan aku terasa terabai..
fuhhhhh
sakit weyh..

Aku faham la dia perlu kerja..
nak kumpul wang..
nak sara diri..
aku faham yang tu..
tapi..
yang aku tak fahamnya..
kenapa bila hari cuti or bila ada masa lapang tak boleh nak luangkan masa untuk aku..
yang dia tau..
siang waktu tidur..
malamnya pulak waktu menghabiskan masa dengan kawan-kawan..

Aku tau la kawan-kawan lebih penting dari kekasih..
tapi tak boleh ka dia fikir yang ada orang yang sentiasa menanti dia kat umah..
kalau aku sibuk sangat sampai tak dak masa untuk dia..
tau pulak nak merungut..
tapi dia..
aku tak pernah nak merungut..
aku ikut ja rentak dia..
sebab aku hormat dia..
aku hormat kehidupan peribadi dia..

kalau dia rasa kawan tu segala-galanya..
tak payah la nak ada kekasih..
abaikan je kekasih tu..
lepaskan je kekasih dia tu.
tak payah nak seksa perasaan kekasih dia tu..

Aku tekad..
mulai saat ni..
aku takkan ganggu kehidupan peribadi dia lagi dah..
kalau dia rasakan dia perlukan aku..
pandai-pandai dia la buat aku rasa diperlukan..
kalau dia rasa dia tak perlukan aku..
dia lebih perlukan kawan-kawan dia..
yang buat dia lebih gembira, bahagia..
ok..
aku faham..
aku dah malas nak cakap banyak lagi dah..
cakap banyak pon tak guna..
dia akan rasa seperti aku hanya nampak kesalahan dia..
apa yang dia buat semua tak kena..
sekarang ni..
aku biar je dia nak buat apa..
aku takkan ganggu kehidupan peribadi dia lagi dah..
kalau dia rasa aku tak ambik tau pasal dia..
biarlah..
dari aku hanya tau marah dia tau cari kesalahan dia..
aku rela dia fikir aku macam tu..
kalau ada hal yang penting je aku akan hubungi dia..
kalau tak ada..
aku rasa aku tak perlu kot hubungi dia..
sebab aku tau..aku hanya mengganggu kehidupan peribadi dia..

Andai satu hari nanti pon hati dia berubah untuk orang lain..
aku redha..
aku akan persiapkan diri aku untuk hadapi semua tu..
sebab aku tau..
aku bukan keseorangan..
aku ada Allah yang sentiasa ada untuk aku..

aku cuma harap andai satu hari benda yang aku takut nak hadapi tu berlaku juga..
aku nak dia tahu..
yang aku tetap sayang kat dia..
dan..
aku nak dia ingat bahawa suatu waktu dahulu mungkin aku pernah membahagiakan dia..
tu je yang aku harap..

sekian saja miss blog...
nanti aku cite lagi tau..
take care...

Rabu, 2 November 2011

~M3NG4P4~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
Mengapa perlu berkasih..
pada yang tak sudi..
Mengapa perlu mengharap..
pada yang tak memahami..

Mengapa perlu setia..
pada yang tak mencintai..

Mengapa perlu mempercayai..
pada yang tak mengerti..

Aku tahu aku bukan yang terbaik..
Aku tak perlu nak tahu apa-apa pun..
Aku seperti dipinggirkan..
Dah tak beerti lagi pada sang arjuna..

Tapi..
Mengapa harus begitu..
Siapa sebenarnya aku padamu...

Mungkin ada yang lebih baik lagi untukmu selain aku...
Aku tak mampu untuk jadi sempurna buatmu..
Maafkan aku...

Khamis, 27 Oktober 2011

~T4NY4 S4M4 H4T1~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
Bila berbicara tentang hati memang susah...
sebabnya..
ada pelbagai rasa..

kadang-kadang suka..
kadang-kadang benci..

kadang-kadang rindu..
kadang-kadang terlupa..

kadang-kadang sayang..
kadang-kadang tak sayang..
kadang-kadang mahu..
kadang-kadang tak mahu langsung..

kadang-kadang gembira..
kadang-kadang sedih..


susahkan bila berbicara tentang hati..
ada 1001 perasaan..
macam mana nak ungkapkan kalau kita sendiri keliru..

kadang-kadang tu kita terpaksa jugak melukakan hati orang lain..
walaupun kita tak sanggup nak biarkan orang lain terluka sebab kita..

kadang-kadang tu berterus terang pon lebih menyakitkan daripada menyimpan rahsia..
bagi aku plak..
aku lebih suka pendamkan saja dari berterus terang..
sebabnya...
aku sendiri tak yakin dengan hati dan perasaan aku..

memang susah kalau aku nak soalkan tentang hati ni...
aku jadi keliru..
buntu..
tak tau yang mana satu rasa hati...

ermmmmmmmmmmmm

Rabu, 12 Oktober 2011

~1ND4HNY4 H1DUP~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments

Kadang-kadang ku terfikir..
Indahnya hidup andai mempunyai teman yang istimewa..
Sentiasa dapat menghiburkan hati,
menghilangkan segala resah di hati,
menceriakan hidup,
padanya juga tempat meluahkan segala kekusutan,
mempunyai tempat untuk menumpang kasih,
sentiasa mendapat perhatian..

Namun,
kadang kala,
mempunyai seorang teman yang istimewa juga sering membuatkan kita,
terasa hati,
sakit hati,
terasa tersisih,
diabaikan,
yang paling kerap,
hanya tahu menangis..

"Life as a single is better than life as a couple"


Khamis, 2 Jun 2011

~I'M N0T 0K~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
Salam..
hai miss blog..
misz berry kembali..
lama misz berry tak story story ngan miss blog kan..
al kesah...

semalam misz berry asa sakit sangat...
tapi..
misz berry tahan je..
sebab misz berry kan kuat..
miss blog nak tau misz berry sakit pa??
.
.
.
.
.
.
.
.biarlah rahsia..
hehehehehehehe..
mana bleh cite kat miss blog..
malu r misz berry..


sebenarnya..
misz berry tak bleh stress..
bila misz berry stress..
mesti misz berry asa sakit sangat bila penyakit tiap-tiap bulan orang pompuan kembali..
owh..
misz berry jarang sakit..
tapi..
bila misz berry stress or da someone yang bagi tekanan kat misz berry ja..
mesti ,isz berry stress...
tau tak..
.
.
.
.
.
misz berry tak leh tdoq semalaman tau..
sebab tanggung sakit sorang-sorang..
tak dak pon orang nak peduli kat misz berry..
nak amik berat sai misz berry..
lagi la buat misz berry asa sakit sangat..
so
misz berry terpaksa la tanggung sorang-sorang..
hanya Allah saja yang tau apa yang misz berry rasa..
fuhhh..
asa nak tercabut urat saraf tau..
tu baru sikit..
macam mana la agaknya rasa masa nak bersalinkan..
takot...


kadang-kadang misz berry rasa
single is better than couple..
tapi kadang-kadang bila bercouple ni buat misz berry asa lagi semangat nak belajar ka nak buat pa ka..
sebab misz berry tak yah fikir nak cari pasangan hidup dah..
tak yah nak susah hati dah..


tapi
tula..
bila bercouple ni..
paham-paham saja la..
ada pasang surutnya..
macam tu la hidup orang bercouple..



tapikan...
bila kita sakit or kita di timpa masalah or apa-apa pon kan..
apa yang miss blog rasa bila suma tu jadi kat kita tapi orang yang kita harap sentiasa da dengan kita masa tu tak pedulikan kita..
dia pi enjoy ngan kawan-kawan dia sampai lupakan kita..
agak-agak apa yang miss blog rasa??




mesti rasa lagi sakit bukan...
rasa kecik hati segala bagai lah...
tapi...
misz berry tak rasa nak marah pon..
kenapa ek??
yang misz berry rasa cuma lagi sakit ja..
aduh..
seksa bila tanggung sakit sorang-sorang kan..
asa nak nagis pon ada gak..
tapi..
macam misz berry kata sebelum ni..
misz berry kan kuat....
misz berry tak perlukan sapa-sapa pon bila misz berry sakit or apa..
misz berry dah biasa tanggung sendiri..




misz berry lebih selesa tanggung sendiri dari misz berry kongsi ngan orang lain..
misz berry tak suka nak buat orang lain susah sebab misz berry..




lagi satu persoalan kan??
perlu tak kita mengawal hidup orang lain sedangkan orang tu tak pernah nak kawal hidup kita??
tak perlukan miss blog..
yela..
siapa kita nak atur hidup orang..
kita ada hak ka untuk buat semua tu??
tak de kan miss blog..





so
nasihat untuk misz berry..
jangan sekali-kali campur tangan dalam hal hidup orang lain
n
jangan sekali-kali mengatur hidup orang lain..
kita just atur hidup kita sendiri..
sapa bagi kita hak untuk atur hidup orang lain..
orang tu nak buat apa pon itu dia punya pasal la kan..
buat apa kita nak peduli or amik kesah..
kita tak ada lesen pon nak buat semua tu..
misz berry ja mengada-ngada nak atur hidup orang lain..
misz berry ni bajet bagus sangat la kan..
walhal orang tu tak rasa apa-apa pon dengan apa yang dia buat..
tak rasa bersalah pon..
buat apa la misz berry ni nak masuk campur..
haish..
misz berry misz berry..
sedar la diri sikit..
kamu tu siapa dia tu siapa...



apa la yang misz berry melalut ni..
ok la miss blog..
maaf ye sebab melalut entah apa-apa ja kat miss blog..
k la..
misz berry nak siap-siap..
mau pulang sudah..
jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang..


k jumpa lagi..
ciao dulu...

Ahad, 16 Januari 2011

~H3P1 H3PI DAY~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
Salam..
wah dah lama tak update blog...
terasa rindu plak..
almaklumla baru pindah gi blok baru so xdapat tenet....
tak leh la nak on9..
lau nak on9 kena lepak cafe..
adush...
susah jugak r nak wat keja pa pon....

ni kesah ari aku..
hehehehehe...
minggu ni kolej aku sibuk ngan TG2KM...
wah memang gempak r kali ni...
aktiviti dia pon memang gempak sangat...
terbaik ah...
kali ni TG bawak unsur islamik sikit...
alhamdulillah...
dah insaf suma...
malam ni malam penutupan...
so dah habis la TG untuk sesi ni..
jumpa sesi depan lak....
pa2 pon aku nak ucapkan tahniah pada suma ajk yang bertungkus lumus menjayakan program ni...
memang terbaek ah korang...
gempak sih...
dah macam pesta konvo lagi dah....
hehehehehe...

ok2 dah2 cite sai TG...
ni kesah aku n si dia...
best best best...
tak sangka dia nak datang melawat aku kat sini..
wah terharu sih....
walaupun dia kepenatan..
tapi demi nak jaga hati aku..
sanggup dia datang....
i lap u lah darling....
mula2 lepak je kot dalam2 ni....
then dah boring sangat...
kitorang kuar r gi jalan2...
best habiskan masa ngan dia...
hilang segala masalah....
hehehehehehe...

sebenarnya tak tau nak cite pa dah....
blank sebentar..
almaklum la on9 kat cafe..
keadaan yang tak membina langsung...
tak banyak idea nka tulis...
so..
takat ni jela aku mengarut ye...


ciao dulu...





By: misz_berry

Khamis, 23 Disember 2010

~S4Y4 SUD3YH 22~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
~Tanggal 23 Disember 2010~

arini ari khamis..
arini klas aku dah start..
arini ari first jumpa kwn2 suma stelah lama bercuti..
n
arini jugak umur aku dah meningkat lagi setahun..
maknanya 21 + 1 = 22 la kan..
wah makin dewasa rupanya aku erk..
tak sedar plak...
hehehehe

Hari ini dalam sejarah..
bangun ja tdoq terus siap2 nak gi klas..
ye la kelas aku kol 10..
dalam kelam kabut dok siap2 tu..
tetiba aku nampak tpon aku berkelip2..
isy sapa plak yang kol time2 ni..
xtau ka oran tengah kelam kabut nak gi klas..
aku pon dengan perasaan geramnya amik la tfon tengok siapakah gerangan yang menjadi peminat aku pagi2 cam ni..
tengok2 upa2nya kak aku yang tpon...
hehehehehe
dan2 cooldown balik...
dia kol sebab nak ucap hepi bestday..
makaceh ye kak..
arini gak kak aku selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata..
baby boy..
mesti comel..
yang bestnya aku da geng la nak celebrate besday kat umah ti..
hehehehehe...
tahniah ye kak...
masin betol mulut mak aku..
mak aku kata ntah2 kak aku bersalin masa besday aku..
tengok2 betol...
kata2 mak 2 suatu doa..
dont play2 noh..

Then aku pon gi la klas bahasa asing..
sampai ja kt pusat jumpa kawan2..wah bestnya..
rindu gile kat diorang suma...
sebulan xjumpa..
dalam klas bahasa asing 2 aku kena blajaq bahasa arab + bahasa cina..
fuuhh bahasa arab dah lama tinggai jadi beku dah..
tapi pa2 pon tetap best klas 2..
enjoy beb..
dah 2 petangnya da lagi 1 kelas..
kelas laras bahasa..
sapa lagi lau bukan Dr Azlan Mis yang ajaq..
suka ka tak suka ka tetap kena blajaq..
cik mun sila ikhlaskan hati anda untuk menerima ilmu ok..
hehehehe

dah 2 petangnya kawan2 aku ajak gi makan sate kajang..
mulanya aku memang tak mau pi..
sebab dah lewat sangat dah kelas kami habis..
nak tunggu bas lagi then tak tau koi brapa baru sampai kajang..
then koi brapa plak nak balik kan..
anak dara tak elok kuar malam2 cam ni...
tapi memandangkan cik maji tetap berkeras nak ajak aku gi gak..
aku pon terpaksa relakan hati gak la pi..
sebab dia ugut aku dia kata
"lau ko taknak ikut ko bukan kawan aku" (betul ka dia kata cam tu..hahahaha..auta je)
demi kawan2 aku so aku pon peg la jugak...
sampai sana je dah dekat kol 7...
memandangkan perut ngah lapar so apa lagi..
gi makan kat foodcourt dulu r..
dah makan tu gi solat..
pas solat baru gi sate kajang kat haji shamuri...
nak pi sana nek teksi 2..
walhal dekat ja..
memandangkan kami punya la malas nak jalan so nek teksi jela..
sampai je sana tengok ramai gile orang..
so kami pon mik tempat kat tingkat atas..
dah 2 cari punya cari meja nak duduk dah dapat..
then gi la order..
dah tu dapat je pa yang diorder terus serbu makan...
sedap sangat..
makan sampai 5 cucuk memang tak mampu makan lagi dah..
terus stop...

Sambil2 tu dok sembang2 la..
tetiba ja fon jang bunyi den dia cakap2 terus dia turun..
mula aku ingat maybe sharel kot yang mai..
mana tau kot tiba2 ubah fikiran nak join kitorang..
dah 2 biar jela ..
sambung sembang2 balik...
skali tetiba ka aku dengar orang nyanyi lagu hepi besday..
berderau darah aku beb...
terkejut punya pasal..
mau taknya tetiba ja member2 aku buat suprise...
kuang asam betol..
malu sekejap...
seyes terus darah menyerbu ke muka sampai kepala...
speechless aku...
apa2 pon thanks sangat kat suma2 yang hadir...
seyes tak jangka langsung da suprise..
ingat korang saja2 ajak aku gi makan...
aku dengan lurusnye pon ikut la...
upa2nya korang rancang nak kenekan aku...

Babak potong kek...
tangan jadi menggeletar nak potong kek...
jadi tak tau cam na nak potong...
apa lagi belasah la...
amik korang..
aku potong besar2 bagi korang makan....
padan muka...
tengah2 makan tu tetiba hamba Allah yang kat sebelah aku ni calit krim kat muka aku..
ada patot...
saja la kan nak kenakan aku...
pa lagi bermula la acara calit mencalit krim kat muka...
aku la mangsa yang paling teruk kena...
selalu aku jadi mangsa...
2 taun berturut2 aku jadi mangsa calit mencalit krim depan orang ramai...
baik punya kawan2 aku...

Apa2 pon korang..
aku hepi sesangat ngan korang....
korang sudi celebrate besday aku...
ni la besday aku yang paling best skali...
aku sayang korang sangat2...
korang la yang menceriakan hidup aku sepanjang 3 taun aku kat ukm..
bila plak aku dapat celebrate besday ngan korang suma...
taun akhir kita kat sini..
mesti aku rindu nak celebrate kat korang suma nanti...
apa2 pon aku mintak maaf lau slama kita kawan aku da banyak buat salah..
selalu sakitkan hati korang..
bukan niat aku nak buat cam tu..
cuma kadang2 benda tu jadi di luar jangkaan...
time kaseh sangat2 kat korang...
aku sayang korang sangat2..
aku tak kan lupa sampai bila2 kejadian hari ni...
aku hepi sangat2 malam ni...
thanks korang...


Yang kat bawah ni antara mastermind n konco2 yang menjayakan misi arini..
let's check it out...


~ni la kek yang diorang beli untuk celebrate bestday aku..strawberry gi2..panjang kesah masa diorang beli kek ni..tapi xperlu la aku cite dalam ni..hehehe~


~yang ni plak mastermind dalam misi ni...sangat berbakat ye budak ni..geram pon ada..tak puas hati tak dapat calit krim kat muka dia...tunggu dia punya bestday t..aku kenakan cukup~

~yang ni plak pembantu pertama..pergh berkomplot ye..buat tutup2 muka plak..nak kena btol..bestday dia kita buat baek je xde plak nakal2..pa2 pon makace ye~

~yang ni plak pembantu yang ke 2..memang terbaek...buat muka toya boleh kata tak tau apa2~

~yang ni konco pertama merangkap orang yang blanja aku makan sate..yang kat sebelah aku 2 ye..makaceh noh..pandai belakon~

~yang ni plak konco yang ke 2...pandai gak blakon noh...baguh beto mu ni cik wang~

~ni plak koncon yang ke 3..ceh mula2 xnak ikut then last2 tengok turun bas ikut kitorang jugak..upa2nya di rahsuah oleh mastermind..xpa2~

~last skali ni la mngsanya..diorang blasah aku teruk2..nasib ramai orang..lau tak aku rasa main kejar2 kot~





2la antara watak2 yang menjayakan misi arini..
cukup berbakat..
boleh masuk pertandingan untuk anugerah pelakon wanita terbaik nih..
apa2 pon thanks sangat kat korang kerna misi korang dah berjaya..
tahniah aku ucapkan...


Nampaknya umo aku dah meningkat 22 taun..
tak sangka anak ayah n mak dah besar...
dah boleh kawen pon kan..
kalau ayah ada mesti ayah yang nikahkan anak ayah kan bila anak ayah nak kawen..
aku selalu berangan nak ayah aku yang nikahkan aku bila aku kawen nanti..
tapi..
hajat tak kesampaian..
ayah pergi sebelum tengok suma anak2 ayah berumahtangga..
sedih memang sedih..
tapi nak buat camna..
dah takdir yang menentukan segalanya..
kena redha dengan ujian Allah...

apa2 pon aku dah dewasa sekarang..
tapi perangai cam budak2 lagikan..
cam na nak kawen...
hehehehehe..
ok2 aku dah melalut dah...
sori mis blog..

ciao dlu..





By: misz_berry






Isnin, 20 Disember 2010

~M4MPUK4H 4KU~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments

hohohoho 
nk blik keyel dh..
maknanya nk blik kampus dh la..
aduh..
camnani..
berat lak hati nak tinggal mak..
skunk ni yela memang mak ok lagi..
dah anak2 + menantu2 + cucu2 suma da kat umah lagi..
sok lusa suma dah nak lik umah masing2 untuk jalankan tanggungjawab masing2..
tinggal mak..
sian mak..
mesti mak sunyi nanti..
mesti mak rindukan ayah..
besa ayah da teman mak..
tapi..
skunk ni dah berbeza...
mak takdak sapa nak teman...

~untuk mak~
mak kena kuat tau..
mak jangan sedih2..
anak2 mak sentiasa da ngan mak..
tiap2 ari kami tanya khabar mak nanti..
mak kena jaga kesihatan mak..
jangan lupa makan + solat + zikir + ingat Allah selalu..
anak2 mak sentiasa doakan kesihatan mak..

kami sayang mak sangat..
 ur the best mom in the world..

~untuk aku plak~
sem baru dah start..
maknanya aku kena bergelumang dengan buku + kuliah + assaignment + tesis
wau banyak benda nak kena pikir ni..
huhuhuhu
TAPI
aku kena kuat..
aku kena bertahan..
brapa bulan je lagi nak habis ngaji..
aku mampu buat suma 2..
aku kan kuat..
bertahan bertahan bertahan...
apa2 pon..
moga aku dapat harungi hidup ni dengan baik..
moga aku dapat habiskan setadi aku dengan cemerlang...
caiyok caiyok..

ok la 2 je untuk entry kali ni..
jumpa lagi miss blog..

ciao..



By: misz_berry

Jumaat, 17 Disember 2010

~S3D1HK4H D1K4U W4H41 H4T1~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
Bila hatiku bersedih...
Dia berbisik kepadaku...
Wahai diri...
Tidakkah kamu berasa sunyi??

Lalu ku menjawab...
Sudah semestinya wahai hati...
Aku keseorangan...
Jika teman-temanku yang lain...
Mereka punya kekasih...
Setiap hari mereka penuh dengan bibit-bibit cinta...
Waktu-waktu mereka terisi dengan rengekan rindu...

Hatiku menyeru...
Wahai diri...
Jika kamu bersedih...
Aku pun begitu...
Pedihnya diriku bila kamu bersedih...

Entahlah hati...
Apa yang boleh aku lakukan...
Tetapi wahai hati...
Aku juga tersedar...
Kebanyakan mereka bercinta...
Kebanyakan mereka merindu...
Tetapi hanya berlandas nafsu...
Hanya kerana fizikal semata...
Mereka membiarkan diri mereka dikuasai iblis laknatullah alaih...
Mahukah kamu jika aku jadi begitu wahai hati??

Kalau begitu kesannya wahai diri...
Dekatilah Tuhanmu...
Ikutilah Rasulmu...
Tuntutlah ilmu dari mursyidmu...
Taatilah ibu bapamu...
Semoga DIA menjadi KEKASIHmu Yang Abadi...

Maka wahai hati...
Adakah dikau masih sedih...
Bersyukurlah kita...
Kerana kita masih ada ALLAH sbgai Tuhan...
Sayyiduna Muhammad sebagai Rasul...
Islam sebagai agama yang lurus...

Daku berdoa wahai diri...
Semoga DIA mengurniakanku...
Seorang lelaki soleh sebagai pelengkap diri...
Namun jadikanlah diriku terlebih dahulu..
WANITA BERIMAN DAN PEJUANG ISLAM...



By: misz_berry

Ahad, 7 November 2010

~T3NT4NG 530R4NG 4KU~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments

1.    Bila aku mengatakan aku sedang bersedih,tetapi aku tidak menitiskan airmata,itu bermakna aku sedang menangis di dalam hatiku. 

2.   Bila aku tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatiku, lebih baik kamu beri aku  masa untuk menenangkan hatiku semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3.   Aku sukar nak cari benda yang aku benci tentang orang yang paling aku sayang (sebab itu aku patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4.   Bila aku jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranku walaupun ketika aku sedang keluar dengan lelaki lain. 

5.   Bila lelaki yang aku suka dan cinta merenung tajam ke dalam mataku, aku akan cair seperti coklat!! 

6.   Aku memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7.   Aku suka meluahkan apa yang aku rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah aku meluahkan isi hati aku. 

8.   Bila kamo bersikap terlalu serius boleh mematikan mood aku. 

9.   Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi aku.Jadi jangan senyum sebarangan kat aku ok. 

10.               Jangan sesekali mengagak apa yang aku rasa.nak tau..Tanya sendiri ar!! 

11.  Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan hariku. 

12. Teman baikku saja yang tahu apa yang sedang rasa rasa dan lalui. 

13.                Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

14.               Aku mahukan sorang lelaki yang cintakan aku sepenuh hati.tetapi cintanya terhadap aku tidak melebihi cintanya pada Allah dan rasul. 

15. Senjata wanita adalah airmata!! 

16.  Aku suka jika sesekali orang yang disayangi mengadakan surprise buatku  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis)


17. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 



By: misz_berry

Isnin, 25 Oktober 2010

~SUD1KAH K4MOO~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
Satu ketika kau bertanya..

.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar

.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)

.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..

...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"


Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai KEKASIHKU?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"



~M3NGAPA J4DI M4C4M NI~

Posted by MiSz BeRrY 0 comments
25/oktober 2010 (13:59PM)

sALam


Sekali lagi aku menjengah ke blog aku ni...
hehehehehe..
sejak ahkir-akhir ni aku rajin je nak menulis dalam blog ni...
KENAPA yer???
urmmm entah la...aku sendiri tak dak jawapan untuk soalan tu...
mungkin mood nak berblogger ni timbul bila time exam je kot...
time ni la macam-macam masalah yang timbul...
melibatkan hati + perasaan + fikiran dan macam-macam lagi la...
hai susah betol jadi pelajar ni kan....
asyik kena cari masalah ja...

aku nak cite kisah hari ni....
start dari aku bangun tdoq sampai la masa aku menaip kat blog ni...
pagi tadi aku bangun pukul 6.30...(awal kan??)
then tak tdoq sampai la ni....selalu bangun subuh tdoq balik..
almaklum la kelas banyak start kol 10...so tdoq pon sodap...
hehehehehehe
back to the story...
arini si dia kejutkan aku bangun....
(terima kasih awak sebab kejutkan saya pagi tadi)
then aku pun bangun + iron baju + mandi + semayang subuh...
dah tu aku siap-siap la nak g exam...
semangat giler arini nak g exam....
paper first arini...hehehehehe....
walhal setadi tak tera mana pon...
semangat mau lebih....

satu perkara aku lupa buat adalah tfon mak aku...
then aku pon dail la nombor yang berkenaan..
(nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi)
haish pagi-pagi cam ni mak aku bergayut ngan sapa plak..
ramai sungguh peminat macam artis plak...
selepas beberapa saat dengar la sora ayah aku yang ala-ala Ramli sarip gitu...
sembang la aku beberapa minit b4 gi exam...

dah tu...
aku pon naik la bas Z0N 3 untuk ke dectar...
sampai dectar lepak lu kat luaq tu sambil tengok-tengok nota...
(tengok jela tak baca pon)
then sahabat aku sampai merangkap kakak angkat aku (sudah semestinya la anjang)
dia la sahabat yang selalu dengar masalah aku yang sangat memahami aku...
bila aku da masalah je mesti dia dapat tau walaupun aku tak cite..
TAPI...
bila dengan dia memang aku tak boleh nak berahsia..
suma aku cte dengan dia...
dia je yang paham aku...(time kaseh jang sebab sudi jadi teman yang setia untuk adk)

tepat jam 8.20 kami pon masuk la dectar...

aku pon menilau-nilau cari meja aku...
then dari jauh nampak la abang kesayangan aku...
bila sampai kat dia ja terus aku sergah dia wish gud luck...
apa lagi melatah la abang aku...
nasib dia tak punggai adik dia dengan pensel kat tangan tu....
(sori bro...adik mu ini memang nakal ckit)
wish gud luck kat dia bajet xleh nak wish dah la sebab meja jauh-jauh..
aku pon sambung la menilau cari meja aku....
cari punya cari punya cari sekali meja aku sebelah meja abang aku...
apa lagi....
guling-guling la aku gelak dalam dectar tu...hahahahaha(auta je)
nak mampus gelak kuat-kuat dalam tu...nak kena halau cuba try test buat cam tu...
aku pon duduk la kat meja aku...
sambil dok mengisi borang kehadiran tu sempat lagi borak ngan abang aku...
almaklum la lama tak borak cam tu....
nasib la tak bincang jawapan sekali...

buka-buka soalan je fuhh mau mengucap aku...
punya la banyak....
75 soalan...dengan situasinya yang panjang berjela..
juling mata aku nak baca....
apa-apa pon alhamdulillah sebab aku leh jawab....
yang lawaknya nama yang Dr.Jo guna dalam tu suma nama klasik gile..
Kesuma lah kuntum lah dan bermacam-macam lagi...
tapi janji rock...
hahahahahahahaha....

pastu aku pon balik la....
balik-balik aku pon mesej dia gtau dah balik...
dia tanya bleh jawab ke....
aku kata ok je...
then mesej la macam besa tapi kejap je...
aku malas nak kaco dia setadi sebab dia da exam petang ni...

dah tu aku pon buka la latop kesayangan aku nak online...
bila buka je page yang membosankan mesti da ja yang buat aku sakit...
walaupun awak remove pa yang awak buat...
tapi..
saya tetap boleh tau la awak...
tak yah la nak remove-remove...
saya tau awak nak jaga hati saya..
time kaseh sangat....
tapi awak buat benda yang saya tak suka...
walaupun awak tau yang benda tu saya tak suka..
awak tetap buat jugakkan....
xpela..

cuma satu je saya nak tanya...
Awak suka ka bila benda yang awak tak suka saya tetap buat???
mesti awak marah kan...
saya tak buat benda yang awak tak suka...
tapi awak....

biarlah awak dengan cara awak...
dah awak rasa yang awak buat tu betol....

saya tau apa yang awak buat
tapi saya diam je...
sebab saya nak tengok sejauh mana awak nak buat macam tu...
saya ingat awak paham...
tapi last-last awak tetap tak paham or buat-buat tak paham..
terpulang la awak nak buat apa pon...
jangan sampai satu tahap saya dah tak dapat nak tanggung lagi saya buat benda yang awak tak suka...
maafkan saya kalau saya jadi macam tu suatu hari...

pikir-pikirkan la dan selamat beramal...

haish apela aku ni punya la penakut nak cakap terus...
juz boleh luah kat cni je...
bukan dia tau pun...
mun mun sampai bila nak jadi macam ni...
lau macam ni sampai bila-bila masalah tak kan selesai...

wake up wake up wake up....

kat cni aku akhiri entry aku ngan picture aku bersama bff aku,,,huhuhuhu

~Kisah Cinta Uda & Dara~

Daisypath Anniversary tickers

~Alhamdulillah.. HusbandnWife~

Daisypath Anniversary tickers

~IkatanPertunanganKami~

Daisypath Anniversary tickers

~AlFatihahBuatHeroKami(AyahandaTercinta)~

Lilypie Angel and Memorial tickers

by misz berry. Dikuasakan oleh Blogger.
 

sEiYa SeKaTa mR & mRs F Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting